Saturday 23 July 2016

Surah AlBaqarah (190~191)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 190:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini menegaskan bahawa apabila umat Islam diperangi oleh musuh-musuh Allah, maka perangilah mereka orang-orang kafir pada jalan Allah, dan Allah tidak suka kepada mereka yang melanggar dan melampaui batas.

Alkisah ayat ini turun ketika segerombolan Muhajirin dan Ansar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah ziarah di Baitullah Al Haram. Mereka dihalang oleh kaum Quraisy Mekah dan tidak membenarkan masuk kedalam kota Mekah. Selapas itu perundingan dilakukan dan termaktublah perjanjian Hudaibiyah supaya berdamai selama 10 tahun dan orang Islam boleh masuk Mekah selama 3 hari untuk menziaahi Baitullah. Selepas tahun-tahun kemudian nya rombongan dari Madinah sekali lagi pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah dengan membawa senjata kerana dikhuatiri orang kafir  Quraisy akan menghalang mereka untuk memasuki kota Mekah, maka turunlah ayat 2.2.191 seperti dibawah ini.  
,
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 191:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini telah menegaskan bahawa jangan kamu perangi mereka dalam Al Masjidilharam sehinggalah mereka memerangi kamu terlebih dahulu, dan sekiranya mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka pula habis-habisan. Adalah fitnah itu lebih bahaya  dari membunuh orang, oleh itu Allah menyuruh membunuh orang yang memerangi kamu dimana sahaja berjumpa.

Alkisah dalam beberapa tahun berlalu pada bulan Ramadhan dan angkatan gerombolan dari Madinah (yang sedang berpuasa) pergi ke Mekah untuk memerangi kaum kafir Quraisy, maka tereciptalah sejarah bahawa peperangan dan pertumpahan darah tidak berlaku dan memasuki kota Mekah dengan aman dan menawan semua kaum quraisy, dan mereka tidak dihalau dari Kota Mekah dan keampunan diberikan kepada semua penduduk dikota Mekah itu.  
 


[Previous] [Next]


Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  181~190,
 [GS] https://t.co/ESxnae4lXN
Terjemahan Surah 2, Ayat  191~200,
[GS] https://sites.google.com/site/sosilawati/2-1/1
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/115560067326315404905/posts/egrhwJsx6rQ

.

via,
najib.kausar2@gmail.com
(recover, najid.kausar@yahoo.com).

Sedekah anda sia-sia belaka

Sekiranya derma sedekah anda tidak sampai kepada sasaran dan mangsa kemiskinan pula menjadi susah dan melarat, maka ketika itu sedekah anda adalah sia-sia sahaja.

RENUNGAN:
[] https://plus.google.com/115560067326315404905/posts/ghHnhrA5R7u